Salma Salsabil
Salma Salsabil

Salma Salsabil

Salma Salsabil 'Aliyyah Putri Mandaya atau yang lebih dikenali dengan Salma Salsabil (lahir di Probolinggo, Jawa Timur, 12 Februari 2002; umur 22 tahun)[1] merupakan seorang penyanyi-penggubah lagu Indonesia yang berasal dari Probolinggo, Jawa Timur. Beliau adalah pemenang acara Indonesian Idol musim kedua belas yang disiarkan oleh stesen televisyen RCTI pada 2022-2023, serta menjadi penyanyi wanita pertama berhijab dalam sejarah Indonesian Idol yang memenangi pertandingan itu.[2][3] Selepas menang, dia menerima lagu pemenang serta single sulungnya bertajuk "Menghargai Kata Rindu" yang dikeluarkan pada 19 Mei 2023 dengan versi berbeza daripada Nabila Taqiyyah, pesaingnya di Grand Final Indonesian Idol menerusi syarikat rakaman yang menempatkan dia, Universal Music Indonesia.[4]Ketika menyertai pertandingan Indonesian Idol, Salma menerima jolokan Queen of Trending[5] dan Queen of Standing Ovation[6] dan dinobatkan sebagai peserta yang mempunyai "OK" (keaslian dan kualiti) oleh salah seorang juri iaitu Judika.[7] Rossa yang juga salah seorang juri berkata, Salma telah mencipta benchmark baharu yang sangat tinggi untuk Indonesian Idol musim akan datang.[8] Sementara itu, Salma merupakan satu-satunya peserta yang tidak pernah berada dalam kedudukan tidak selamat sejak pusingan Live Showcase sehingga pusingan akhir Indonesian Idol musim ke-12.[9]

Rujukan

WikiPedia: Salma Salsabil https://www.idntimes.com/hype/entertainment/erfah-... https://www.idntimes.com/hype/entertainment/amp/fa... https://langit7.id/read/31287/1/remaja-berhijab-sa... https://www.grid.id/read/043792457/selamat-salma-j... https://www.instagram.com/reel/Csk-aEkAcUo/?igshid... https://www.instagram.com/p/Cs1Etvivrii/?igshid=NT... https://www.instagram.com/p/C0_OmZPrqmc/?igsh=cm1u... https://www.instagram.com/p/C1I9hS3LN-r/?igsh=MzRl... https://www.instagram.com/p/C1d3JPARCt1/?igsh=MzRl... https://www.instagram.com/reel/C1uTKclJOOC/?igsh=M...